ASSALAMUALAIKUM

Thursday, June 08, 2006

TOKOH-TOKOH ISLAM

IBNU SINA

BIODATA IBNU SINA
1. Nama sebenar beliau ialah Al-Hussain bin Abdullah bin Al-hasan bin Ali bin sina.
2. Beliau dikenali sebagai Ibnu Sina di timur dan Avicenna di barat.
3. Beliau dilahirkan pata tahun 370 Hijrah bersamaan dengan tahun 980 Masihi di Afsyanah,Bukhara,Turkistan.
4. Beliau berasal daripada keturunan Turki.
5. Bapanya ialah pengusaha Kharmathain , Bukhara.
6. Selepas bapanya meninggal pada tahun 390 hijrah dengan tahun 1000 masihi, Ibnu Sina berpindah ke Khawarizm,Jurjan, Rai dan Hamazan.
7. Beliau pernah bertugas sebagai pakar perubatan di wilayah Rai dan penasihat agung Amir Ala Al-Daulah di Asfahan.
8. Beliau meninggal dunia pada tahun 428 Hijrah bersamaan dengan tahun 1037 Masihi di Hamazan.

KEPERIBADIAN IBNU SINA
1. Ibnu Sina merupakan seorang yang tekun dalam mempelajari ilmu. Beliau pernah membaca buku metafizik karangan Aristotle sebanyak 40 kali.
2. Ibnu Sina seorang yang taatberagama.beliau sering berdoa kepada Allah SWT terutama apabila beliau menghadapi kebuntuan untuk menyelesaikan masalah. Beliau sering pergi ke masjid untuk memohon petunjuk daripada Allah SWT.
3. Seorang yang pintar. Beliau berjaya menguasai pelbagai ilmu naqliah (ilmu agama) ketika beriusia lapan belas tahun.
4. Seorang yang berinovatif. Ibnu Sina banyak melakukan penyelidikan dan menghasilkan karya dalam pelbagai ilmu terutama dalam bidang perubatan.

PENDIDIKAN IBNU SINA
1. Ibnu sina mempelajari ilmu Al-Quran semenjak berusia lima tahun.
2. Beliau menghafaz Al-Quran ketika berumur sepuluh tahun.
3. Beliau mempelajari ilmu fikah dan tasawuf daripada Ismail Al- Zahid, ilmu hisab dan prinsip-prinsip geometri daripada Muhammad Al-Masaah, ilmu falsafah daripada Abu Abdillah Al- natili, serta ilmu sains dan ilmu astronomi daripada Al-Biruni.
4. Semasa berusia 16 tahun, beliau telah menguasai ilmu perubatan
5. Berkat kesungguhan yang tidak mengenal jemu, beliau muncul sebagai seorang pakar perubatan yang terkemuka.

KETOKOHAN IBNU SINA DALAM BIDANG PERUBATAN
1. Kesarjanaan Ibnu Sina dalam bidang perubatan mendapat pengiktirafan dunia.
2. Beliau pernah diberi kepercayaan untuk merawan penguasa Bukhara Nuh bin Mansur, pengusaha Jurjan Al- Amir Syams Ma` ali Qabus bin wasyamkir, pengusaha Asfahan Al-Amir Ala Al- daulah.
3. Ibnu Sina menghasilkan banyak karya terutama dalam bidang perubatan. Contohnya Al-Qanum Fit Tib, Al-Adawiah Al-Qalbiah, dan Al-Alfiah Al- Tibbiah.
4. Karya-karya tersebut telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa latin, Hebrew dan Inggeris.
5. Ibnu Sina berjaya melakukan beberapa pencapaian dalam bidang perubatan iaitu:
6. Terdapat banyak lagi penemuan dan teori perubatan yang dikmukakan oleh Ibnu Sina dalam karya-karyanya. Karya – karya tersebut diiktiraf sebagai rujukan perting.

Penemuan penyakit baru serta puncanya
- Pengaruh kuman dalam penyakit.
- Jangkitan virus seperti tibi dan sebagainya.
- Penyakit seperti rubella, alahan(allergy), cacar
(smallpox), penyakit jiwa dan seumpamanya
Penemuan dalam bidang farmasi
- Menghasilkan ubat dan preskripsi yang mujarab untuk
pelbagai jenis penyakit.
- Ubat bius.

Membantu teknologi perubatan
- Mencipta benang khusus untuk menjahit luka
pembedahan.
- Mencipta picagari dan lain-lain.

KESAN PENINGGALAN IBNU SINA DALAM BIDANG ILMU PERUBATAN
1. Penyalidikan dan penulisan ibnu sina berjaya menggilap kembali bidang perubatan yang kian malap pada masa itu.
2. Beliau melakukan metode pemerhatian (observation) dan analisis. Berdasarkan metode ini, ilmu perubatan berkembang maju hingga ke hari ini.
3. Beliau juga banyak membuat analisis tentang pelbagai penyakit dan menyenaraikan lebih kurang 760 jenis penyakit. Serta kaedah merawatnya.
4. Penyelidikan dan penulisan Ibnu Sina banyak mempengaruhi perkembangan ilmu perubatan moden.
5. Pada zaman ini, hasil perkembangan sains dan teknologi telah muncul kaedah- kaedah perubatan baru menggunakan peralatan –peralatan canggih. Conthnya organ dalam badan manusia boleh dilihat hanya menggunakan x-ray atau ultra sound. Oleh itu suatu penyakit atau kecederaan dapat dikesan dan dirawat dengan lebih cepat dan berkesan.

SUMBANGAN IBNU SINA DALAM BIDANG ILMU DAN PEMIKIRAN
1. Ibnu Sina menghasilkan 116 karya dalam pelbagai bidang separti falsafah,mantic, matematik, astronomi, kimia, fizik, biologi, dan sains politik.
2. Buku-buku tersebut telah dihimpun oleh domonican Institute For Orental Studies di kaherah, Mesir.
3. Kemudian pada tahun 1950 masihi ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa arab dan dinamakan sebagai Muallafat Ibni Sina ( Karya-karya Ibnu Sina)
4. Jasanya dihargai hingga ke hari ini. Sebuah universiti pendidikan di hungry telah mengambil semperna nama beliau iaitu Avicenna College(kolej Ibnu Sina)

RUMUSAN
1. Ibnu Sina merupakan tokoh perubatan Islam yang terkenal dan banyak memberi sumbangan dalam bidang perubatan.
2. Ibnu Sina banyak menghasilkan karya dalam bidang perubatan. Bukunya Al-Qanun Fit tib menjadi rujukan utama di seluruh pusat pengajian tinggi di Barat.
3. Ibnu Sina merupakan orang yang pertama memperkenalkan metode pemerhatian dan anlisis dalam bidang perubatan.
Inmu Sina juga terkenal sebagai seorang ahli falsafah dan menguasai pelbagai ilmu pengetahuan yang lain.

IBNU KHALDUN

BIODATA IBNU KHALDUN
1. Nama sebenar beliau ialah Abdul Rahman bin Muhammad bin Muhammad.
2. Beliau lebih dikenali sebagai Ibnu Khaldun.
3. Beliau dilahirkan di Tunisia pada tahun 732 Hijrah bersamaan dengan tahun 1332 Masihi.
4. Keluargabya keturunan Arab dari Yaman yang berhijrah ke Andalus.
5. Bapa Ibnu Khaldun adalah seorang sarjana terkenal.
6. Sejak Tunisia dilanda wabak taun pada tahun 749 hijrah,Ibnu Khaldun berpindah ke beberapa tempat iaitu Algeria, Fez, Granada, Bougie, dan Mesir.
7. Ibnu Khaldun meninggal dunia di kaherah, mesir pada tahun 808 hijrah bersamaan dengan tahun 1406 Masihi ketika berusia 87 tahun.

KEPERIBADIAN IBNU KHALDUN
1. Ibnu Khaldun adalah seorang yang tekun dalam menuntut ilmu. Walaupun beliau sibuk dengan tugas pentadbiran, namun tidak menghalangnya untuk menuntut ilmu. Beliau bijak membahagi masa untuk masyarakat dan menuntut ilmu.
2. Beliau seorang yang berjiwa pemimpin. Beliau pernah menjawat jawatan penting seperti ketua hakim di Mesir dan Perdana Menteri di Bougie. Semua jawatan ini diberikan kerana kecekapannya dalam mentadbir serta keupayaannya mengemukakan idea-idea untuk kemajuan negara.
3. Seorang yang kreatif. Pemikiran Ibnu Khaldun dalam kitab Al-Muqaddimah adalah hasil daripada pengalaman dan kreativiti beliau untuk mengetengahkan sejarah sebagai bidang ilmu yang tersendiri. Buku ini dijadikan bahan kajian oleh sarjana- sarjana timur dan barat hingga ke hari ini.

PENDIDIKAN IBNU KHALDUN
1. Ibnu khaldun mempelajari asas agama dan bahasa arab daripasa Abdul Rahman bin Muhammad (bapa beliau),Muhammad bin Al-Muhaimin Al-Hadrani, Muhammad bin saad bin Barrral Al-Ansari,Muhammad bin Al-syawasyi Al-Zarzali, dan ramai lagi.
2. Ibnu Khaldun mempelajari ilmu- ilmu fardu kifayah seperti mantic,falsafah, sains dan matematik daripada Muhammad bin Ibrahim Al-Abili.
3. Semasa di Fez, Ibnu Khaldun mendapat pendidikan tinggi daripada beberapa orang guru yang terkenal seperti beberapa orang guru terkenal seperti Ahmad bin Al-Qassar dan Lisanuddin bin Al-khatib iaitu pengarang kitab Tarikh Gharnatah (sejarah Granada) dan Muhammad bin Abdul Salam.

Ibnu Khaldun sebagai sejarawan
1. Ibnu Khaldun menganalisis sesuatu tamadun dari segi permulaan, faktor kegemilangan dan kejatuhan.
2. Beliau memberi tafsiran sejarah berdasarkan psikologi, ekonomi,social, alam sekitar dan geografi.
3. Ideanya yang menarikdalam kitab Al-Muqaddimah mendoron para pengkaji dan pemikir untuk mengiktiraf beliau sebagai tokoh sarjan dan sejarawan yang mengatasi sejarawan terkenal sebelumnya seperti Al Tabari dan Al-Mas`udi.

Ibnu Khaldun Sebagai Negarawan
1. Ibnu khaldun merupakan negarawan yang banyak berjasa untuk negara. Beliau pernahmenyandang jawatan- jawatan penting seperti:
a) Setiausaha negara di istana Sultan Abu Ishaq bin
Abi Yahya dan Sultan Abu Annan.
b) anggota Majlis Ilmiah.
c) anggota Jabatan Setiausaha Sulit Sultan Abu Salim
bin abi Al-Hasan di Fez, Maghribi.
d) duta Granada
e) Perdana Memteri (hajib) bougie
f) Ketua Hakim (Qadi Al-Qudhah) Mesir.
2. Jawatan-jawatan penting tersebut telah memberi peluang kepada Ibnu Khaldun untuk Berkhidmat kepada Negara dengan berkesan.

Ibnu Khaldun sebagai Budayawan
1. Ibnu Khaldun merupakan penggiat budaya dan kesusasteraan Arab.
2. Pengajian kesusteraannya dengan Syeikh Muhammad Bahr di Tunisia dimanfaatkan untuk menajamkan kemahirannya dalam syair.
3. Beliau banyak menghasilkan syair semenjak kanak-kanak lagi. Kemahiran beliau dalam bidng ini jelas kelihatan dalam kitab Al-Muqaddimah ketika beliau membahaskan tentang syair Arab.

SUMBANGAN IBNU KHALDUN DALAM BIDANG ILMU DAN PEMIKIRAN ISLAM
1. Ibnu khaldun banyak meninggalkan sumbangan yang bernilai kepada tamadun manusia.
2. Ibnu khaldun berjaya menganalisis sejarah dari aspek kemasyarakatan,ekonomi,politik dan pendidikan dalam karyanya.
3. Beliau telah ,memberi panduan terbaik kepada manusia tentang asas pembinaan sesebuah tamadun. Beliau berpendapat bahawa sesebuah tamadun tertegak di atas hasil kombinasi diantara keunggulan rohani dengan jasmani.
4. Ibnu Khaldun merupakan pelopor kepada pemikiran-pemikiran moden khususnya dalam bidang sejarah, politik, ekonomi, sosiologi,dan pendidikan.
5. Kejayaan Ibnu Khaldun itu mendorang para saujana mengiktiraf karya beliau sebagai bahan kajian dan rujukan dalam bidang-bidang tersebut.
6. Sanjungan terhadap beliau hingga ke hari ini.pemikiran beliau sering dijadikan wacana, tema-tema seminar,bengkal dan persidangan ilmiah, serta judul-judul buku dan tesis di peringkat pengajian tinggi.
7. Sebuah anugerah ilmiah yang berpestij dinamakan semperna nama beliau iaitu Ibnu Khaldun Chair Of Islamic Studies di Universiti Amerika.
8. Nama Ibnu Khaldun diabadikan dalam sebuah universiti terkemuka di Jakarta Indonesia iaitu Universiti Ibnu Khaldun

KARYA AGUNG IBNU KHALDUN
1. Penglibatan Ibnu Khaldun selama 20 tahun dalam bidang pentadbiran memetangkan pemikiran dan pengalaman beliau.
2. Hasil kombinasi pengalaman, ilmu pengetahuan, dan kreativiti, beliau menghasilkan karya-karya yang bermutu seperti:
a) Al-Ibar Wa DiwanAl-Mubtada Wal Khabar Fi Ayamil Arab Wal Ajam Wal Babrar Wa Man Asarahum Min Zawi Al-Sultan Al-Akbar yang lebih dikenali sebagai Muqaddimah Ibnu Khaldun.
b) Al-Takrif Bi Ibni KhaldunWa Rihlatuhu Gharban Wa Syargan.
3. Muqaddimah Ibnu Khaldun lebih berkualiti dan berpengaruh kepada pemikiran manusia.
4. Beliau berjaya memurnikan ilmu sejarah dengan menjadikan rasional sebagai kayu ukur fakta sejarah tanpa fanatik kepada sesuatu laporan yang tidak terbukti kebenarannya.
5. Beliau menggariskan empat perkara yang perlu dilakukan oleh sejarawan dalam penelitian dan analisis laporan sejarah, iaitu
(a) mambandingkan antara peristiwa-peristiwa dangan berdasarkan kaedah sebab dan munasabah.
(b) mengkaji peristiwa-peristiwa lalu untuk dijadikan ikhtibar kepada peristiwa-peristiwa yang sedang berlaku,
(c) mengambil kira pengaruh iklim dan alam sekitar terhadap apa yang berlaku.
(d)Mengambil kira kedudukan ekonomi dan budaya
terhadap peristiwa yang Berlaku

RUMUSAN
1. Ibnu Khaldun merupakan tokoh falsafah yang terkenal, beliau juga menguasai pelbagai ilmu pengetahuan.
2. Ibnu Khaldun telah melakukan perubahan dalam bidang ilmu seperti ilmu sejarah dan persejarahan, sosiologi, politik dan psikologi pendidikan.
3. Ibnu Khaldun berjaya mentafsirkan sejarah dari pelbagai aspek seperti agama, politik, ekonomi dan social.
4. Ibnu Khaldun dianggap sebagai pelopor kepada pemikiran-pemikiran moden terutama dalam bidang sejarah, politik, ekonomi, sosialogi dan pendidikan.
5. Setiap pelajar hendaklah yakin dengan kebolehan diri dan berdikari untuk mencapai matlamat hidup.

SAYYID JAMALUDDIN

Biodata Sayyid Jamaluddin Al- Afghani
1. Nama beliau ialah Sayyid Jamaluddin Bin Safdar Al- Afghani.
2. Beliau dilahirkan pada tahun 1254 Hijrah bersamaan dengan tahun 1838 Masihi di perkampungan Asad-Asad, Kabul, Afghanistan.
3. Beliau digelar sebagai Sayyid kerana salasilah keturunannya bersambung dengan Saidina Ali Karramallahu Wajhah dan Rasulullah S.A.W.
4. Keturunan beliau juga bersambung dengan Imam Al-Tirmizi iaitu seorang ulama hadis yang terkenal.
5. Sayyid Jamaluddin Al-Afghani banyak merantau untuk menyampaikan Idea-Idea Islah. Tempat-tempat yang beliau pernah kunjungi ialah Makkah, India, Mesir, Istanbul, Iran, Russia, Baghdad, Paris, dan London.
6. Pengaruhnya yang besar terhadap umat islam menyababkan beliau sering diburu oleh pihak Perancis, Inggeris, dan kuncu –kuncu mereka.
7. Sayyid Jamaluddin Al-Afghani pernah dilantik sebagai anggota Majlis Al-Ma’arif (Kementerian Pendidikan) di Istanbul, Turki.
8. Beliau meninggal dunia pada 5 Syawal 1314 Hijrah bersaman dengan 9 Mac 1897 Masihi ketika berusia 60 tahun.
9. Idea-idea yang dibawa oleh beliau diteruskan oleh muridnya iaitu Syeikh Muhammad Abduh.
Keperibadian Sayyid Jamaluddin Al-Afghani
1. Berani memperjuangkan kebenaran. Sayyid Jamaluddin Al- Afghani sangat berani memperjuangkan kebenaran. Beliau petah berpidato untuk menaikkan semangat umat islam supaya bersatu menentang penjajah. Oleh itu, beliau pernah diusir ke India, Turki, dan Mesir.
2. Suka merantau. Sayyid Jamaluddin Al- Afghani suka mengembara untuk mengkaji kedudukan umat islam serta menyebarkan idea islah yang banyak memepengaruhi perkembangan islam khususnya di timur.
3. Seorang yang tekun. Dengan ketekunannya itu membolehkan dia menguasai pelbagai ilmu dan bahasa.
4. Mencintai ilmu pengtahuan. Sayyid Jamaluddin Al- Afghani sangat meminati ilmu pengtahuan menyebabkan beliau merantau ke beberapa buah negara untuk mempelajari pelbagai jenis ilmu.
5. Mempunyai akal fikiran yang cerdas, tajam, dan berpandangan jauh.

Pendidikan Sayyid Jamaluddin Al-Afghani
1. Sayyid Jamaluddin Al-Afghani menghafaz Al-Quran keika berumur 12 tahun.
2. Semasa berusia 18 tahun, beliau dapat menguasai pelbagai ilmu pengatahuan seperti Al-Quran, hadis, fikah, ilmu kalam, tasawuf, nahu, saraf, balaghah, manik, falsafah, matematik, astronomi, perubatan dan anatomi.
3. Beliau bermusafir ke India untuk mendalami ilmu sains dan matematik moden.
4. Sayyid Jamaluddin Al-Afghani menguasai beberapa bahasa dunia. Contohnya bahasa Afghanistan(Pishto), Parsi, Arab, Turki, Urdu, perancis, Inggeris dan Russia.

Sumbangan Sayyid Jamaluddin Al-Afghani dalam bidang ilmu dan pemikiran
1. Sayyid Jamaluddin Al-Afghani merupakan penggerak utama dalam perjuangan menentang penjajah.
2. Beliau merantau ka beberapa buah negaraiasal untuk menyatukan umat islam serta mengembalikan keyakinan mereka supaya mengusir panjajah dari tanah air mereka.
3. Pidatonya yang bernas dan bersemangat dapat menyuntik semangat umat Islam. Sebagai contoh, beliau cuba mengembalikan keyakinan umat Islam di India terhadap kemampuan mereka menentang penjajah. Antara teks pidato beliau ialah :
“Seandainya jumlah kamu yang beratus-ratus juta ini ditakdirkan
menjadi lalat dan nyamuk sekalipun nescaya kamu akan dapat
memekakan telinga-telinga orang inggaris dengan suara kamu.
Seandainya kamu ditakdirkan menjadi labi-labi atau penyu
sekalipun, lalu kamu berenang ke tanah inggeris, bilangan kamu
yang seramai ini akan dapat mengepung dan menenggelamka
tanah inggeris, kamu akan pulang ke India dalam keadaan”
“merdeka”
4. Sayyid Jamaluddin Al-Afghani menghasilkan beberapa karya yang berbentuk ilmiah seperti:
A. Al-A’mal Al-Kamilah
B. Al-Rad Ala Al-Dahriyyin
C. Al-Khatirat;
D. Tamimmah Al-Bayan Fi Tarikh Afghan;
E. e) Al-Takayyufat Ala Syarh Al-Dawani Lil Aqaid Al’Adudiyyah.
5. Beliau juga mengasaskan beberapa akhbar seperti:
A. akhbar Al- Urwatul wusqa di Perancis;
B. akhbar Misr di Mesir;
C. akhbar Al-Tijarah di Mesir;
D. akhbar Al-Khafiqin di London.
6. Beliau tidak menghasilkan kitab-kitab besar sebagaimana ulama-ulama lain tetapi idea islah yang dibawanya memberi pengaruh yang besar dalam jiwa umat islam hingga ke hari ini.

Idea islah Sayyid Jamaluddin Af-Afghani
1. Islah berasal dari kata kerja aslaha yang bermaksud pambaikan. Islah bermaksud pembaikan atau perubahan terancang ke arah yang lebih baik.
2. Islah sangat penting kepada seseorang untuk memperoleh kejayaan dalam kehidupan.

Bentuk-bentuk islah yang dibawa oleh sayyid Jamaludin Al-Afghani
1. Idea islah beliau merupakan usaha untuk mengembalikan kecemerlangan umat islam sebagaimana zaman khulafa Ar-Rasyidin.
2. Beliau membina perpaduan islam tanpa mengira bengsa edan budaya melalui gagasannya iaitu Al-Jamiah Al-Islamiah.
3. Beliau mengkritik taklid Al-A’ma ( mangikut sesuatu secara membuta tuli) tanpa berlandaskan Al-Quran dan Al-Sunnah.
4. Beliau menyeru umat islam supaya kembali kepada ajaran islam yang tulen serta sesuai dilaksanakan sepanjang masa dan semua tempat.
5. Beliau cuba menyedarkan umat islam tentang keburukan fanatik kepada sesuatu mazhab hingga memecahbelahkan kesatuan umat islam.
6. Beliau berpandangan bahawa umat islam mesti menumpukan perhatian kepada usaha-usaha untuk memerdekakan tanah air dan pemikiran mereka daripada penjajah.

Kesan-kesan islah yang dibawa oleh Sayyid Jamaluddin Al-Afghani
1. Idea islah Sayyid jamaluddin Al-Afghani disambung oleh Syeikh Muhammad Abduh dan Muhammad Rasyid Redha.
2. Gerakan islah dari asia barat ini lebih besar pengaruhnya berbanding gerakan islah dari India yang dipelopori oleh Syah Waliyyullah Al-Dahlawi.
3. Gerakan islah telah mendorong umat islam mengkaji semula fahaman dan amalan masyarakat serta membetulkannya menurut taksiran Al-Quran dan Al-Sunnah.
4. Gerakan ini telah berjaya mengembalikan keyakina umat islamtentang kemuliaan dan kekuatan yang ada pada mereka. Hasilnya timbul kesedaran di kalangan uamat islam untuk berjuang membebaskan tanah air daripada penjajahan.

Keperluan individu kepada islah
1. Islah amat diperluakan dalam kehidupan umat islam untuk membangunkan diri dan melaksanakan islam menurut ajarannya yang murni.
2. Islah dapat memberikan keyakinan kepada umat islam tentang kesesuaian islam untuk melaksanakan pada setiap masa dan dalam semua keadaan.
3. Sebagai pelajar, kita mesti bersikap positif untuk melakukan islah untuk memperoleh pencapaian akademik yang lebih baik.

RUMUSAN
1. Sayyid Jamaluddin Al-Afghani adalah seorang pejuang Islah yang gigih.
2. Sayyid Jamaluddin Al-Afghani cuba menyatukan umat Islam melalui gagasannya iaitu Al-Jamiah Al-Islamiah.
3. Sayyid Jamaluddin Al-Afghani meniupkan semangat anti penjajah menerusi ceramah, pidato dan penulisan.
4. Pemikiran Sayyid Jamaluddin Al-Afghani telah mempengaruhi para siswazah di Mesir dan Makkah untuk melakukan pembaharuan di rantau ini.
5. Para pelajar hendaklah mencontohi corak perjuangan yang dilakukan oleh para pejuang Islam silam.

SYIEKH MUHAMMAD ABDUH

Biodata Syiekh Muhammad Abduh
1. Nama sebenar beliau ialah Muhammad bin Abduh bin Hasan Khairullah.
2. Dilahirkan dalam keluarga petani di Tanta Mesir pada tahun 1265 hijrah bersamaan dengan tahun 1849 Masihi.
3. Pada tahun 1882, Syiekh Muhammad Abduh dibuang negeri kerana tertuduh terlibat dengan pemberontakan Urabi.
4. Semasa menjalani hukuman tersebut beliau pergi ke Perancis.
5. Di Perancis beliau menerbitkan majalah Al-Urwatul Wusqa bersama gurunya Sayyid Jamluddin Al-Afgani.
6. Antara jawatan yang pernah disandang oelh syiekh Muhammad Abduh ialah:
(a) guru di Masjid Al-Husaini di Mesir.
(b) Pensyarah di Darul Ulum Mesir.
(c) Guru di sekolah Al-Sultaniah, Beirut;
(d) Ketua editor akhbar Al-Waqai’ Al-Misriyyah di Mesir.
(e) Ketua Hakim Mahkamah RayuanMesir.
(f) Mufti Kerajaan Mesir.
7. Syiekh Muhammad Abduh Meninggal dunia Pada tahun 1314 Hijrah bersamaan dengan tahun 1905 Masihi di Iskandariah, Mesir.

Keperibadian Syiekh Muhammad Abduh
1. Beliau memiliki sifat keperibadian yang tinggi. Belaiu berani menyatakan idea-idea islahnya walaupun terpaksa berhadapan dengan rintangan yang besar.
2. Beliau seorang yang tegas tetapi penyayang kepada anak-anak muridnya. Beliau menubuhkan Al-Jamiah Al-Khairiah Al-Islamiah untuk membantu murid-muridnya yang menghadapi msalah kewangan.
3. Belaiu merupakan seorang tokoh ulama berkatrampilan. Beliau diberi kepercayaan untuk menyandang beberapa jawatan penting negara seperti hakim Mahkamah Rayuan Mesir, ahli Majlis Perguruan Universiti Al-Azhar Mesir, dan Mufti Kerajaan mesir.
4. Berdaya kreatif dalam menghasilkan tulisan-tulisan yang bernas sehingga dapat mempengaruhi pemikiran umat islam.

Pendidikan Syiekh Muhammad Abduh
1. Semasa kecil, Syiekh Muhammad Abduh belajar membaca dan menulis daripada bapanya Abduh.
2. Beliau mempelajari serta menghafaz Al-Quran dalam masa 2 tahun.
3. Seterusnya beliau mempelajari ilmu bahasa Arab di Masjid Al-Ahmadi.
4. Beliau memepelajari ilmu tasawuf dan tatabahasa Arab dari Syiekh Darwisy Khudr dan Syiekh Darwisy.
5. Semasa di Universiti Al-Azhar, beliau mempelajari pelbagai ilmu termasuk matematik dan falsafah dengan Syiekh Hasan Al-Tawil.
6. Beliau memperoleh ijazah dari Universiti Al-Azhar pada 1877 Masihi.
7. Pada tahun 1896 Masihi, beliau berkesempatan bertemu dengan Sayyid Jamaluddin Al-Afghani yang mengunjungi Mesir. Pada kesempatan itu, beliau se,pat mendalami bidang akademik dan pemikiran islam.

Faktor Syiekh Muhammad Abduh melakukan islah dalam sistem pendidikan.
1. Inspirasi gerakan islah Sayyid Jamaluddin Al-Afghani yang menjurus ke arah mewujudkan integrasi ilmu.
2. Kesedaran Syiekh Muhammad Abduh terhadap keperluan kepada islah dalam kurikulum sekolah dan Universiti yang sudah ketinggalan zaman.
3. Sistem pendidikan semasa itu yang menjurus ke arah taklid buta dan pasif(jumud).
4. Kekurangan praserana pendidikan serta bentuan dari kerajaan Mesir kepada golongan miskin.
5. Kadar gaji guru yang rendah.

Metode islah Syiekh Muhammad Abduh
1. Disebabkan proses islah memakan masa yang panjang dan dengan stategi yang baik, Syeikh Muhammad Abduh menggunakan pelbagai metode untuk menyalurkan idea-idea islahnya.
2. Antara idea-idea islah beliau ialah:
A. melalui proses pengajaran di Masjid Al-Husain, Darul Ulum, dan Universiti Al-Azhar.
B. melalui media massa seperti majalah Al-Urwatul Wusqa, akhbar Al-Waqai’ Al-Misriyyah dan Al-Ahram.
C. melalui karya ilmiah beliau seperti risalah Al-Tauhid,Tafsir Juz Amma, Al-Tahrir Fi islah Al-Mahakim Al-Syariah, Al-Islam Wa Al-Rad Ala Muntaqidih, dan Al-Islam Wal Nasraniah Ma’al-‘Ilm Wal Madaniah.
D. Melalui jawatan-jawatan yang disandangnya seperti hakim Mahkamah Rayuan Mesir, ahli Majlis Perguruan Universiti Al-Azhar Mesir,dan Mufti kerajaan Mesir.

Sumbangan Syiekh Muhammad Abduh dalam pendidikan
1. Idea-idea yang dibawa oleh beliau telah mengubah pandangan umat islam yang sering terikut-ikut dengan sebahagian sarjana Muslim yang jumud dan pasif.
2. Beliau berjaya memberi gambaran jelas tentang keperluan umat islam kepada islah khususnya dalam bidang pendidikan.
3. Idea islah beliau dalam bidang pendidikan khususnya di Universiti Al-Azhar telah memberi kesan yang mendalam terhadap perkembangan ilmu pengetahuan umat islam. Antara idea tersebut ialah:
A. mewujudkan mata pelajaran matematik, geografi, algebra, sejarah dan seni khat.
B. mewujudkan piawaian dalam penganugerahan sijil.
C. Mewujudkan farmasi khususnya untuk pelajar universiti Al-Azhar.
D. Menyediakan peruntukan untuk gaji guru dari perbendaharaan nagara dan wakaf nagara.
E. Memperbaiki asrama pelajar dengan menekankan aspek-aspek keselamatan dan kesihatan.
4. Beliau meninggalkan beberapa buah karya yang bermutu dan menjadi sumber rujukan utama dalam dunia islam seperti:
A. risalah Al-Tauhid
B. Tafsir Juz Amma
C. Tafsir Surah Al-Asr
D. Risalah al-Rad Ala Al-Dahriyyin (terjemahan karya Sayyid Jamaluddin Al-Afghani dalam bahasa parsi)
E. Syarhu nahjil balaghah
F. Al-Tahrir Fi Islah Al-Mahakim Al-Syariah
G. Al-Islam Wal-Rad Ala-Muntaqidih
H. Al-Islam Wal Nasraniah Ma’al-‘Ilm Wal Madaniah.

RUMUSAN
1. Syeikh Muhammad Abduh adalah mujaddid yang telah memberi sumbangan yang besar terhadap kemajuan pemikiran umat Islam.
2. Idea Islah yang dibawa oleh Syeikh Muhammad Abduh telah berjaya membuat perubahan yang besar dalam pemikiran umat Islam.
3. Syeikh Muhammad Abduh telah berjaya memperbaiki sistem pendidikan dan kehakiman syariah.
4. Syeikh Muhammad Abduh menggunakan pelbagai saluran yang ada untuk menyampaikan idea Islahnya kepada masyarakat.
5. Syeikh Muhammad Abduh banyak menghasilkan karya yang menjerumus kearah pemikiran Islam dan pengislahan.
6. Sebagai seorang muslim, kita diwajibkan bermuhasabah. Setiap muhasabah hendaklah disusuli dengan Islah. Tanpa Islah kita tidak akan mecapai kejayaan dalam kehidupan dunia dan akhirat.

SYIEKH TAHIR JALALUDDIN

Biodata syiekh Tahir Jalaluddin
1. Nama sebenar beliau ialah Muhammad Tahir Bin Syiekh Muhammad bin Ahmad Jalaluddin.
2. Dilahirkan pada 7 november 1869 Masihi di Ampek Angkek, Bukit Tinggi, Sumatera Barat, Indonesia.
3. Syiekh Tahir berasal dari keluarga berilmu.
4. Bapanya Syiekh Ahmad adalah seorang ulama dan hakim terkenal yang berketurunan melayu Minangkabau.
5. Apabila Syiekh Tahir Jalaluddin kembali dari pengajian pada tahun 1900 masihi, beliau terus menetap di perak.
6. Antara tugas danm jawatan yang pernah disandang oleh Syiekh Tahir Jalaluddin ialah
A. guru di Madrasah Al-Masyhur, Pulau Pinang.
B. Guru di Mabrasah Parit Jamil,Muar Johor.
C. Guru di Masjidil Haram Makkah
D. Mufti negeri Perak
E. Mufti negeri Johor
F. Nazir sekolah-sekolah agama Johor.
7. Ketika menjadi mufti negeri Perak, beliau mendapat gelaran Syiekh.
8. Beliau meninggal dunia pada 26 oktober 1956 Masihi di Perak.

Keperibadian Syiekh Tahir Jalaluddin
1. Beliau seorang yang menepati masa.beliau tidak perna terlewat menghadiri kelasnya melainkan keuzuran. Murid-muridnya memahami sikap beliau ini dan mereka berjaya mendisiplinkan diri masing- masing.
2. Cinta kepada ilmu pengetahuan. Beliau suka membaca dan beliau telah menyediakan sebuah perpustakaan kecil di rumahnya.
3. Beliau tekun dan gigih dalam menyebarkan idea islah walaupan sentiasa ditentang oleh para ulama tradisional di tanah air.
4. Seorang yang gigih dan bersungguh-sungguh dalam memajukan masyarakat islam.
5. Seorang yang kreatif dan berminat menghasilkan karya-karya ilmiah.
6. Seorang yang tegas dan memiliki semangat juang yang tinggi.

Pendidikan Syeikh Tahir Jalaluddin
1. Semasa berusia 12 tahun, Syiekh Tahir Jalaluddin belayar ke Makkah.
2. Di Makkah, beliau tinggal dengan saudara sepupunya iaitu Syiekh Ahmad bin Khatib.
3. Syiekh Ahmad Al-Khatib merupakan pemimpin Mazhab Syafie di Masjidil Haram. Kesempatan ini diginakan oleh Syiekh Tahir Jalaluddin untuk menuntut ilmu-ilmu agama.
4. Pada tahun 1983 Masihi, Syiekh Tahir Jalaluddin menyambung pelajaran dalam jurusan ilmu falak di universiti Ak-Azhar Mesir.
5. Beliau tekun mempelajari ilmu falak hingga berjaya menguasainya dengan baik.
6. Beliau diberi kepercayaan untuk mengajar di Masjidil Haram.
7. Pada tahun 1899 Masihi, Syiekh Tahir Jalaluddin pulang ke tanah air dan mengembangkan ilmunya serta membuat pembaharuan untuk memajukan masyarakat islam.

Idea islah Syiekh Tahir Jalaluddin
1. Syeikh Tahir Jalaluddin mula tertarik dengan idea Islah semasa beliau bersahabat dengan Sayyid Muhammad Rasyid Redha iaitu anak murid Syeikh Muhammad Abduh di Universiti Al-Azhar.
2. Apabila kembali ke Malaysia, beliau berusaha untuk menyedarkan masyarakat Islam tentang perlunya kebebasan berfikir yang terhindar daripada kongkongan kurafat dan syirik serta penjajah luar.
3. Mesej Islah Syeikh Tahir Jalaluddin ialah :
A. Mengajak umat Islam supaya mengamalkan ajaran Islam yang berteraskan Al-Quran dan Al-Sunnah yang bebas daripada adat lama yang sebahagiannya dipusakai dari agama Hindu.
B. Menjauhkan pengaruh negatif dari luar terutama dari barat.
C. Berusaha mempelajari pelbagai ilmu fardu ain dan fardu kifayah.
D. Menolak taklid (mempercayai sesuatu secara membuta tuli).
4. Dalam memperjuangkan idea Islah, beliau telah ditentang hebat oleh golongan ulama tradisional khususnya di Malaysia.
5. Beliau juga mendapat kekangan dari pihak penjajah yang merasakan kedudukan mereka terancam dengan kebangkitan orang melayu.
Akibatnya, pada tahun 1927 Masihi, Syeikh Tahir Jalaluddin di penjarakan selama 9 bulan atas tuduhan menentang Belanda. Namun ia tidak dapat mengikis semangatnya yang kental dalam memperjuangkan Islam.

Metode Syiekh Tahir Jalaluddin dalam menyampaikan idea islah
a. Melalui penerbitan akhbar
1. Beliau menerbitkan majalah Al-Imam bersama Sayyid Syiekh Al-Hadi pada bulan jamadilakhir 1324 Hijrah bersamaan bulan julai 1906 Masihi di Singapura.
2. Melalui majalah Al-Imam, Syiekh Tahir jalaluddin menyampaikan mesej islahnya.
3. Akibat tekanan daripada pihak penjajah inggeris dan belanda, penerbitan majalah Al-Amam terpaksa dihentikan pada tahun 1908 Masihi.
4. Namaun ia meninggalkan kesan mendalam kepada karyawan melayu dan para pembaca seluruh nusantara.
5. Berikutan itu, beberapa majalah lain muncul seperti Al-Munir di Indonesia pada tahun 1908 Masihi, Neraca di singapura pada tahun 1911 Masihidan pengasuh di Malaysia pada tahun 1908 Masihi.
b. Melalui jawatan-jawatan yang disandang
1. Kesarjanaan beliau semakin terserlah apabila beliau dilantik menjadi mufti Perak dan Johor.
2. Beliau menggunakan kesempatan tersebut dengan baik untuk menyebarkan idea islah kepada masyarakat.
c. Melalui proses pengajaran
1. Semasa beliau menjadi guru di Madrasah Al-Masyhur Pulau Pinang dan Matrasah Pari Jamil Johor, Beliau mengambil peluang untuk menyebarkan idea islah di kalangan murid-murid dan guru-guru.
2. Usah beliau mendapat sokongan rakan-rakan serta murid-muridnya.
3. Menerusi asuhan mereka lahir tokoh-tokoh pendakwah serta pendokong islah generasi seterusnya seperti Hamka,Haji Agus Salim, Prof. Datuk Dr Zulkifli Muhammad dan Sayyid Syiekh Al-Hadi.

SUMBANGAN SYEIKH TAHIR JALALUDDIN DALAM BIDANG ILMU DAN PEMIKIRAN
Dalam bidang pemikiran
1. Melalui majalah Al-Imam, Syeikh Tahhir Jalaluddin menyalurkan idea Islahnya serta maklumat-maklumat intelektual Islam untuk membebaskan masyarakat Melayu daripada sebarang unsur penjajahan fizikal dan pemikiran.

Dalam bidang pendidikan
1. Syeikh Tahir Jalaluddin memberi sumbangan yang bermakna dalam bidang pendidikan.
2. Pada tahun 1908 Masihi, beliau menubuhkan Madrasah Al-Iqbal Al-Islamiah di Singapura.
3. Penubuhannya menjadi sumber inspirasi kepada penubuhan Madrasah Al-Iqbal Al-Islamiah di Riau, Al-Madrasah Al-Adabiah, di Sumatera Barat Madrasah Al-Hadi di Melaka dan Madrasah Al-Masyur, Pulau Pinang.

Dalam bidang ilmu Falak
1. Syeikkh Tahir Jalaluddin merupakan orang yang bertanggung jawab mengembangkan ilmu falak di Malaysia.
2. Kemahiran beliau dalam ilmu falak menyebabkan beliau di gelar Al-Falaki.
3. Walaupun ilmu falak kurang mendapat sambutan ketika itu, namun beliau sentiasa optimis dengan keperluannya sebagai ilmu yang bersifat futurastik.
4. Menjelang akhir tahun 60-an, ilmu falak mula mendapat perhatian khusus daripada pihak kerajaan. Ia mula dengan penubuhan jawatan kecil takwim Islam di bawah pusat Islam.
5. Pusat-pusat pengajian tinggi juga menawarkan kursus falak syerie sebagaimana yang dilakukan oleh jabatan syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1981.

Dalam bidang kesusasteraan
1. Syeikh Tahir Jalaluddin merupakan penggiat sastera. Ini terserlah melalui penulisan-penulisannya seperti yang terdapat dalam majalah Al-Imam dan seumpamanya.

RUMUSAN
1. Syeikh Tahir Jalaluddin adalah seorang pejuang Islah yang gigih dan berdedikasi.
2. Pejuang Syeikh Tahir Jalaluddin memberi kesan positif kepada perkembangan pemikiran umat Islam di nusantara.
3. Syeikh Tahir Jalaluddin merupakan seorang yang bertanggungjawab menyebarkan ilmu falak diMalaysia.
4. Syeikh Tahir Jalaluddin merupakan seorang yang bergiat aktik dalam bidang penulisan ilmiah.
5. Kita hendaklah menghargai dan mencontohi semangat perjuangan yang tinggi yang di tunjukan oleh Syeikh Tahir Jalaluddin dalam usaha mencapai kemajuan dalam kehidupan dunia dan akhirat.

HAMKA

Biodata Hamka
1. Nama sebenar beliau ialah Haji Abdul Malik bin Syeikh Abdul Karim bin Syeikh Muhammad Amarullah.
2. Hamka ialah nama singkatan yang manggabungkan nama beliau dengan bapanya.
3. Beliau dilahirkan pada 13 muharam 1362 hijrah bersamaan 16 februari 1908 Masihi di Desa Tanah Sirah, Sungai Batang, Maninjau, Minangkabau, Sumatera Barat,Indonesia.
4. Bapanya ialah seorang ulama terkenal yang membawa pembaharuan di Minangkabau.
5. Antara jawatan dan tugas yang pernah disandang oleh Hamka ialah:
(a) Guru agama di Tebing Tinggi, Medan dan Padang Panjang.
(b) Pensyarah di Umiversiti Islam Jakarta.
(c) Pensyarah di Universiti Muhammadiah Padang panjang.
(d) Rector Perguruan Tinggi Jakarta.
(e) Pegawai Tinggi Agama Indonesia.
(f) Ketua umum Majlis Ulama Indonesia.
6. Hamka menerima banyak anugerah daripada pelbagai pahak kerana jasa dan sumbangan beliau.
7. Hamka meninggal dunia pada 24 Julai 1981 Masihi ketika berusia 73 tahun.

Keperibadian Hamka
1. Hamka merupakan seorang yang petah berpidato. Beliau pernah diberi penghormatan untuk berpidato dalam satu rancangan radio Arab Saudi.
2. Seorang yang berjiwa seni. Ini jelas kelihatan melalui gaya bahasa beliau dalam karya-karya agungnya.
3. Seorang yang berani. Semasa revolusi terhadap pihak penjajah Belanda di Sumatera , Hamka dengan berani mengatur siri pidato untuk membangkitkan semangat umat Islam menentang pihak Belanda.

Pendidikan Hamka
1. Hamka mempelajari Al Quran dan asas-asas agama daripada bapanya iaitu Syeikh Abdul Karim.
2. Beliau mendapat pendidikan rendah di Sekolah Desa Padang Panjang dan Sekolah Agama Al Tawalid yang didirikan oleh bapanya.
3. Hamka banyak mengikut pengajian di masjid dan surau yang disampaikan oleh ulama-ulama yang terkenal ketika itu.
4. Hamka suka menghabiskan masa lapangnya di perpustakaan untuk membaca buku-buku kesusasteraan, falsafah, sejarah dan politik dunia.

Kegigihan Hamka mengembangkan dakwah Islamiah di Nusantara
1. Pada usia 17 tahun Hamka menerbitkan sebuah majalah dakwah yang diberi nama Khatibul Ummah.
2. Semasa berada di Makkah pada tahun 1927 Masihi Hamka mengasaskan Persatuan Hindia Timur untuk memberi pelajaran kepada jemaah haji Indonesia.
3. Apabila pulang dari Makkah, beliau menganggotai Persatuan Muhammadiah dan mengetuai cawangannya di Padang Panjang.
4. Pada 1935 Masihi Hamka mengasaskan Kolej Al Muballighin.
5. Pada 1936 Hamka menerbitkan majalah Pedoman Masyarakat .
6. Pada 1935 Masihi Hamka dilantik sebagai anggota pimpinan Pusat Pertubuhan Muhammadiah.

Sumbangan Hamka dalam bidang ilmu dan pemikiran
1. Hamka merupakan tokoh ulama yang melakukan pembaharuan yang besar kepada umat Islam di Nusantara.
2. Karya-karya beliau dalam bidang agama menyentuh secara langsung kehidupan umat Islam di rantau ini.
3. Hamka merupakan penyumbang idea islah yang dibawa oleh Sayyid Jamaludin Al Afghani dan Muhamad Abduh di nusantara.
4. Pendekatan Hamka yang sederhana diterima baik oleh masyarakat Islam di Indonesia malah pada peringkat antarabangsa.

Hasil-hasil karya Hamka
Bidang
Hasil karya
· Agama
· Tafsir Al Azhar
· Tasawuf Moden
· Pedoman Mubaligh Islam
· Arkanun Islam
· Sejarah Umat Islam
· Revolusi Agama

· Falsafah
· Falsafah Hidup
· Lembaga Hidup
· Falsafah Ideologi Islam
· Ekspensi Ideologi
· Pandangan hidup Muslim

· Sastera
· Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck
· Dibawah lindungan Kaabah
· Laila Majnun
· Mandi cahaya di Tanah Suci
· Menunggu beduk berbunyi

Perjuangan Hamka
1. Seluruh kehidupan Hamka di isi dengan perjuangan .
2. Hamka pernah mengetuai Front Pertahanan Nasional untuk menyekat kemaraan Belanda di Indonesia
3. Beliau juga menubuhkan Pusat Latihan Dakwah Muhammadiah
4. Beliau pernah dipecat daripada jawatan ketua umum Majlis Ulama Indonesia kerana kelantangannya mengkritik kepincangan pentadbiran Indonesia .
5. Beliau juga pernah dipenjarakan bersama tokoh-tokoh Majlis Syura Muslim Indonesia .
6. Namun semua ujian tersebut tidak mematahkan semangat beliau untuk menyampaikan ajaran Islam kepada masyarakat.

RUMUSAN
1. Hamka adalah penerus usaha yang dibawa oleh Sayyid Jamaluddin Al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh.
2. Hamka menggunakan karisma dalam pidato dan penulisan untuk menyampaikan ajaran Islam dengan berkesan kepada masyarakat.
3. Keberanian merupakan sifat peribadi Hamka yang terpuji. Beliau tidak takut untuk menyuarakan kebenaran sekalipun menghadapi rintangan dan ujian yang getir.
4. Hamka telah meninggalkan jasa yang begitu besar kepada masyarakat Islam.
5. Mempertahankan agama, bangsa dan negara adalah usaha yang murni. Namun, ia dapat di realisasi oleh individu yang mempunyai jiwa yang cekal, sanggup berkorban dan bertaqwa.

Friday, May 12, 2006

PENIPUAN EVOLUSI

berbagai-bagai cara saintis asing cuba untuk menidakkan tentang kewujudan Allah. laman web dibawah ini ada menerangkan tentang penipunan yang telah bibuat oleh pihak kafir yang cuba mengaburi mata umat islam
www.harunyahya.com/malaysian/penipuanevolusi18.php

Wednesday, May 03, 2006

DOA HARIAN

Ya Allah ,

Ampunkanlah dosa ku ,

Dosa ke dua ibu bapa ku ,

Dosa adik-beradik ku ,

Dosa saudara mara ku ,

Dosa guru-guru ku ,

Dosa sahabat-sahabat ku ,

Ampunkanlah dosa kami sekalian sama ada yang masih hidup atau yang telah mendahului kami ,

Ya Allah ya Rahman ,

Kami sekalian dalam keadaan daif dan lemah ,

Bukakanlah hati kami dengan pancaran iman ,

Dan sanubari kami dengan penuh kepercayaan ,

Dan akal fikiran kami dengan ilmu pengetahuaan ,

Dan hati rohani kami patuh dan taat kepada ajaran al-quran Dan hadis nabi akhir zaman ,

Ampunkanlah dosa kami ya rahman ,

Dan berikanlah kesudahan kami mati didalam iman ,

Ya Allah ya Ehsan ,

Berikanlah taufik dan hidayah serta penuh inayah ,

Kepada sultan kami Sultan perak darul riduan ,

Sultan Azlan Muhabidin Shah Ibni Almarhum

Sultan Yusuf Shah ,

Dan penuhkanlah hari pemerintahannya ,

Dengan keadilah yang membawa kemakmuran dan keamanam ,

Jadikanlah negara kami ,

Negara yang aman dan sejahtera ,

Makmur dan bahagia ,

Berdaulat dan mulia ,

Gagah dan pekasa ,

Kabulkanlah doa kamu ya robbuljalil ,

Amin ....

KISAH NERAKA JAHANNAM
Dikisahkan dalam sebuah hadis bahawa sesungguhnya neraka Jahannam itu adalah hiam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ia menyala. Dan ianya memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung, pada setiap gunung itu terdapat 70,000 lereng dari api dan pada setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api, pada setiap belahannya pula terdapat 70,000 lembah dari api.
Dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa pada setiap lembah itu terdapat 70,000 gudang dari api, dan pada setiap gudang itu pula terdapat 70,000 kamar dari api, pada setiap kamar itu pula terdapat 70,000 ular dan 70,000 kala, dan dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa setiap kala itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala tersebut ianya mempunyai 70,000 qullah bisa.

Dalam hadis yang sama menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti akan dibuka penutup neraka Jahannam, maka sebaik sahaja pintu neraka Jahannam itu terbuka, akan keluarlah asap datang mengepung mereka di sebelah kiri, lalu datang pula sebuah kumpulan asap mengepung mereka disebelah hadapan muka mereka, serta datang kumpulan asap mengepung di atas kepala dan di belakang mereka. Dan mereka (Jin dan Mausia) apabila terpandang akan asap tersebut maka bergetarlah dan mereka berlutut dan memanggil-manggil, "Ya Tuhan kami, selamatkanlah."

Diriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka Jahannam, dan neraka Jahannam itu mempunyai 70,000 kendali, dan pada setiap kendali itu ditarik oleh 70,000 malaikat, dan berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu besarnya ada diterangkan oleh Allah S.W.T dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud : "Sedang penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi keras."
Setiap malaikat apa yang ada di antara pundaknya adalah jarak perjalanan setahun, dan setiap satu dari mereka itu mempunyai kekuatan yang mana kalau dia memukul gunung dengan pemukul yang ada padanya, maka nescaya akan hancur lebur gunung tersebut. Dan dengan sekali pukulan sahaja ia akan membenamkan 70,000 ke dalam neraka Jahannam.

Wallahualam


TUJUH MACAM PAHALA YANG DAPAT DINIKMATINYA SELEPAS MATINYA
Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.

1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.

2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.

3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.

4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.

5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.

6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.

7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya

8. yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :

1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)

2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.

3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.

JENAZAH BERUBAH MENJADI BABI HUTAN
Seorang anak mendatangi Rasulullah sambil menangis. Peristiwa itu sangat mengharukan Rasulullah S.A.W yang sedang duduk bersama-sama sahabat yang lain.
"Mengapa engkau menangis wahai anakku?" tanya Rasulullah. "Ayahku telah meninggal tetapi tiada seorang pun yang datang melawat. Aku tidak mempunyai kain kafan, siapa yang akan memakamkan ayahku dan siapa pula yang akan memandikannya?" Tanya anak itu.
Segeralah Rasulullah memerintahkan Abu Bakar dan Umar untuk menjenguk jenazah itu. Betapa terperanjatnya Abu Bakar dan Umar, mayat itu berubah menjadi seekor babi hutan. Kedua sahabat itu lalu segera kembali melapor kepada Rasulullah S.A.W.

Maka datanglah sendiri Rasulullah S.A.W ke rumah anak itu. Didoakan kepada Allah sehingga babi hutan itu kembali berubah menjadi jenazah manusia. Kemudian Nabi menyembahyangkannya dan meminta sahabat untuk memakamkannya. Betapa hairannya para sahabat, ketika jenazah itu akan dimakamkan berubah kembali menjadi babi hutan.
Melihat kejadian itu, Rasulullah menanyakan anak itu apa yang dikerjakan oleh ayahnya selama hidupnya.
"Ayahku tidak pernah mengerjakan solat selama hidupnya," jawab anak itu. Kemudian Rasulullah bersabda kepada para sahabatnya, "Para sahabat, lihatlah sendiri. Begitulah akibatnya bila orang meninggalkan solat selama hidupnya. Ia akan menjadi babi hutan di hari kiamat."

10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T
Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."
Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."
Wallahualam


KISAH KELEBIHAN BERSELAWAT KE ATAS RASULULLAH S.A.W
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.
Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."
Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."
Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."

Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi."
Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W.
Dengan kisah yang dikemukakan ini, kami harap para pembaca tidak akan melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para malaikat.

SUARA SYAITAN YANG MENGGODA KETEGUHAN IMAN
SHEIKH ABDUL QADIR JAILANI adalah seorang alim ulama dan ahli sufi yang cukup dikenali keutamaan dan kemuliaan ilmunya di kalangan umar Islam. Kerana sikapnya yang warak atau dekat dengan Allah, banyak pengikutnya yang berlebih-lebihan memuliakannya. Diceritakan suatu hari Sheikh Abdul Qadir jailani berjalan merantau seorang diri. Dalam mengharungi padang pasir yang panas terik itu ia merasa kehausan. Tiba-tiba ia melihat sebuah bejana dari perak melayang di udara lalu perlahan-lahan turun kepadanya diselimuti awan di atasnya.

Saat itu diceritakan terdengar suara ghaib di angkasa : "Hai Abdul Qadir, minumlah isi bejana ini. Hari ini kami telah menghalalkan kamu makan dan minum semua yang selama ini aku haramkan . Dan telah kugugurka semua kewajipan untukmu." Bunyi suara ghaib itu.
Sebagai orang yang arif, Abdul Qadir cukup tahu bahawa suara ghaib yang menyerupai wahyu itu cuma syaitan yang menggoda keteguhan imannya. Maka marahlah ia dan berkata : "Hai mal'un beredarlah engkau dari sini. Sesungguhnya aku tiada lebih mulia dibandingkan dengan Nabi Muhammad S.A.W di sisi Allah Taala. Kepada Rasulullah sahaja tidak mungkin berlaku ketentuan semacam itu. Barang yang diharamkan Allah selamanya tetap haram, dan kewajipan hamba kepadanya tidak pernah digugurkan termasuk pada diriku." Ujarnya tegas.


KUBUR BERKATA SEWAKTU SEWAKTU JENAZAH FATIMAH AZ-ZAHRA HENDAK DIKEBUMIKAN.
Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antara :-

1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)

2. Hasan (anak Fatima r.a)

3. Husin (anak Faimah r.a)

4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a

Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu ? Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah S.A.W."
Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk-buruknya)."

Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari siksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-

1. Hendaklah ia menjaga solatnya

2. Hendaklah dia bersedekah

3. Hendaklah dia membaca al-Qur'an

4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.

Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :-

1. Jangan berdusta

2. Jangan mengkhianat

3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini)

4. Jangan kencing sambil berdiri

Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing."
Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini.

Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal. Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yang jahil takutlah kamu kepada Allah dan takutlah kamu kepada soalan yang akan dikemukakan ke atas kamu oleh malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab, "Ah mudah sahaja, aku boleh menghafal untuk menjawabnya."
Itu adalah kata-kata orang yang tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yang akan menjawab ialah amalnya sendiri. Sekiranya dia rajin membaca al-Qur'an, maka al-Qur'an itu akan membelanya dan begitu juga seterusnya.

RAHSIA KHUSYUK DALAM SEMBAHYANG
Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya : "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"
Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwudhu' zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"
Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air. Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

1. bertaubat

2. menyesali dosa yang dilakukan

3. tidak tergila-gilakan dunia

4. tidak mencari / mengharap pujian orang (riya')

5. tinggalkan sifat berbangga

6. tinggalkan sifat khianat dan menipu

7. meninggalkan sifat dengki

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.

Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawadhu', aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."
Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

PERBUALAN ANTARA RASULULLAH S.A.W DENGAN IBLIS
Telah diceritakan bahawa Allah S.W.T telah menyuruh iblis datang kepada Nabi Muhammad s.a.w agar menjawab segala pertanyaan yang baginda tanyakan padanya. Pada suatu hari Iblis pun datang kepada baginda dengan menyerupai orang tua yang baik lagi bersih, sedang ditangannya memegang tongkat.
Bertanya Rasulullah s.a.w, "Siapakah kamu ini ?"
Orang tua itu menjawab, "Aku adalah iblis."
"Apa maksud kamu datang berjumpa aku ?"
Orang tua itu menjawab, "Allah menyuruhku datang kepadamu agar kau bertanyakan kepadaku."

Baginda Rasulullah s.a.w lalu bertanya, "Hai iblis, berapa banyakkah musuhmu dari kalangan umat-umatku ?"
Iblis menjawab, "Lima belas."

1. Engkau sendiri hai Muhammad.

2. Imam dan pemimpin yang adil.

3. Orang kaya yang merendah diri.

4. Pedagang yang jujur dan amanah.

5. Orang alim yang mengerjakan solat dengan khusyuk.

6. Orang Mukmin yang memberi nasihat.

7. Orang yang Mukmin yang berkasih-sayang.

8. Orang yang tetap dan cepat bertaubat.

9. Orang yang menjauhkan diri dari segala yang haram.

10. Orang Mukmin yang selalu dalam keadaan suci.

11. Orang Mukmin yang banyak bersedekah dan berderma.

12. Orang Mukmin yang baik budi dan akhlaknya.

13. Orang Mukmin yang bermanfaat kepada orang.

14. Orang yang hafal al-Qur'an serta selalu membacanya.

15. Orang yang berdiri melakukan solat di waktu malam sedang orang-orang lain semuanya tidur.

Kemudian Rasulullah s.a.w bertanya lagi, "Berapa banyakkah temanmu di kalangan umatku ?"
Jawab iblis, "Sepuluh golongan :-

1. Hakim yang tidak adil.

2. Orang kaya yang sombong.

3. Pedagang yang khianat.

4. Orang pemabuk/peminum arak.

5. Orang yang memutuskan tali persaudaraan.

6. Pemilik harta riba'.

7. Pemakan harta anak yatim.

8. Orang yang selalu lengah dalam mengerjakan solat/sering meninggalkan solat.

9. Orang yang enggan memberikan zakat/kedekut.

10. Orang yang selalu berangan-angan dan khayal dengan tidak ada faedah.

Mereka semua itu adalah sahabat-sahabatku yang setia."
Itulah di antara perbualan Nabi dan iblis. Sememangnya kita maklum bahawa sesungguhnya Iblis itu adalah musuh Allah dan manusia. Dari itu hendaklah kita selalu berhati-hati jangan sampai kita menjadi kawan iblis, kerana sesiapa yang menjadi kawan iblis bermakna menjadi musuh Allah. Demikianlah sebaliknya, sesiapa yang menjadi musuh iblis bererti menjadi kawan kekasih Allah.

NAMA-NAMA SYURGA DAN NERAKA
Tingkatan dan nama-nama syurga ialah :-
1. Firdaus

2. Syurga 'Adn

3. Syurga Na'iim

4. Syurga Na'wa

5. Syurga Darussalaam

6. Daarul Muaqaamah

7. Al-Muqqamul Amin

8. Syurga Khuldi

Sedangkan tingkatan dan nama-nama neraka adalah :-

1. Neraka Jahannam

2. Neraka Jahiim

3. Neraka Hawiyah

4. Neraka Wail

5. Neraka Sa'iir

6. Neraka Ladhaa

7. Neraka Saqar

8. Neraka Hutomah

Kelebihan Solat Berjemaah
seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian
tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya
tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas
negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat,
sudah tentu banyak tenaga digunakan. Dalam proses pembakaran tenaga,
banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan
ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan
menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian.
Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan
kesegaran tubuh ke tahap normal.
Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini
mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu
yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.
Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita
bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat
berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan
tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu
mempunyai berbagai kelebihan.
Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan
tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan
kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang
berlebihan - sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang
berkurangan akan ditarik ke dalam badan kita. Semakin lama pergeseran ini
berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita. Menurut beliau lagi, setiap
kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah
berehat beberapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan
negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi
proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu,
solat Subuh didirikan 2 rakaat.
Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini
kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh
itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang
disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas
berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang
yang lebih kepada proses pertukaran cas dalam tubuh. Situasi yang sama
turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika
menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan
cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang
dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan
lebih lama.
Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi
melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang
diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya
dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga
yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya. Timbul persoalan di fikiran
professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat. Logiknya, pada
waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak
memerlukan proses pertukaran cas yang banyak. Setelah kajian lanjut,
didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakaat
dalam solat Isyak.
Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar
mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat
Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta
memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail). Dalam kajiannya,
professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan
istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah
ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri.
Beliau merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam
ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.
wallahualam

9 SIKAP WANITA YANG DISUKAI LELAKI

1. Keibuan
Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap
keibuan,lembut,mengambil berat dan penuh kasih
sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki
berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan
gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja.
Jangan tunggu sampai melahirkan anak baru nak
tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi
keibuan dalam diri masing2.

2. Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang
wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka
berasa terhibur dengan keletah anda. tetapi tentulah
bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan
menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yg
menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yg
membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki.
Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah
.

3. Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa
dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin
dari perasaan mudah memaafkan,
memilih waktu yg tepat utk berbincang masalah dan
sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan
kesilapan, wanita yg berpengertian tidak terus
mengeluarkan kata2 yg kasar atau menuduh bukan2
sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya
.

4. Menghargai
Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman
lelaki. Berbeza dgn wanita yg suka diperlakukan dgn
lembut, lelaki suka dihargai,dipuji dgn tulus ikhlas
dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita
membuatlelaki berasa bangga.

5. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga
penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih,
kemas dan menarik. Penampilan yg baik
menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.Dia
akan murah senyuman,pandai merawat tubuhnya,
meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yg
terbaik kepada dirinya.Dia suka dan bersyukur
dengan dirinya dan secara tidak langsung
memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki juga
menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita
tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan
kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak.
Siapa yg tidak suka isteri yg masih kelihatan cantik
dan ramping walaupun dah punya anak 3??

6. Pandai berbicara
Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi
dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yg
disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran
wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia
bukan sekadar teman berbual yg pasif, tetapi dapat
memberi respon dan pendapat yg baik. Dia juga tahu
menjadi pendengar yg baik, serta mengalihkan topik
yg agak serius kepada perbualan yg lebih menarik.
Lelaki juga suka dengan wanita yg suka bergurau dan
pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki
dgn baik dan berfikiran terbuka.

7. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri

Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri
mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut
tahu menghadapi orang yg lebih tua dan cara
berhadapan dgn orang yg lebih muda. Apabila
berhadapan dgn suasana yg baru,wanita tersebut
tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia
mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada
di bandar atau di kampung.

8. Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dgn wanita yg menghormati dirinya
sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan
mempunyai etika. Wanita yg menghormati dirinya
sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik
dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap
dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu
elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan
merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan
membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka
hati.

9. Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yg murah hati, mengambil berat,
simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak
dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan
spontan mencerminkan hati yg mulia. Ada kecantikan
dalaman pada dirinya yg memancar keluar dengan
indah dan mempesona.

ENAM PESANAN KHUSUS UNTUK WANITA
oleh ulama muktabar
1. Jaga solat pada awal waktu.

Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena
duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita
meninggal solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan
keluarga.

Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah
zaman Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak
yg soleh yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa
dunia/akhirat.

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat.
Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup
dengan mencium Al Quran dan muhasabah ’Ya Allah, apa
dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada
hari ini."

4. Mendidik anak secara Islam.
Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa
masnun.Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur,
bangun tidur,makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan
suami.
Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan
bunga dari syurga untuk wanita yg hidup sederhana. Setiap
titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir
mohon keampunan kepada Allah swt atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama
Allah.
Seorang isteri yg menggalakkan suaminya untuk solat
berjemaah di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah
suaminya termasuk solat dia sendiri.
Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat.
Muzakarahlah bersama teman wanita lain supaya hakikat
amalan ini masuk dalam hati kita dan mudah nak amalkan.

KEAJAIBAN ANGKA 19 DALAM AL-QURAN
Al-Quran, kitab yg diperturunkan kepada junjungan besar Nabi
Muhammad S.A.W merupakan keajaiban Allah S.W.T yang
terbesar dan terpenting untuk umat Islam. Walau kurun
berganti kurun, zaman berganti zaman Al-Quran masih sesuai
digunakan sebagai panduan dan rujukan untuk kehidupan
semasa kerana isi kandunganya yang begitu lengkap
merangkumi pelbagai bidang seperti sosial, ekonomi, undangundang,
sejarah dan sains. Yang lebih mengagumkan ialah
pada tahun 1974 satu kod matematik telah dijumpai tersirat di
antara ayat-ayat sucinya.
PENEMUAN DR. RASHID KHALIFA.
Dr. Rashid Khalifa (1935-1990), lahir di Egypt dan merupakan
seorang doktor dengan Phd dalam bidang kimia. Bapanya
seorang pemimpin dari sebuah kumpulan sufi yang mempunyai
ribuan pengikut. Dengan mengunakan teknologi komputer, Dr.
Rashid telah memasukan isi kandungan Al-Quran ke dalam
komputer untuk mencari makna atau kemungkinan yang
tersirat di belakang ayat-ayat Al-Quran ini. Hasilnya pada
tahun 1974 dia telah menjumpai satu corak matematik yang
seolah-olah mengawal dan melindungi kesahihan ayat-ayat Al-
Quran dengan nombor-nombor yang berkitar pada nombor 19.
FAKTA RINGKAS KOD YG DITEMUI
Penemuan Dr. Rashid merangkumi dari fakta kod yg paling
nyata dan ringkas hinggalah kpd yg lebih kompleks. Antaranya
yg ringkas ialah:
1. Ayat pertama (1:1), ’Bismillah’, terdiri drp 19 perkataan.
2. Jumlah surah dlm Al-Quran ialah 114 = 19 x 6 .
3. Jumlah ayat dlm Al-Quran ialah 6346 = 19 x 334.(6234 ayat
bernombor & 112 ayat tidak (Bismillah) 6234+112= 6346)
Perhatikan bahawa 6+3+4+6=19.
4. Bismillah muncul 114 kali, walaupun hilang dari surah 9 (ia
muncul semula sebanyak 2 kali dlm surah 27).114=19x6
5. Dari Bismillah yg hilang pd surah 9 hingga ke bismillah
Extra pada surah 27, dengantepat terdapat ..19 surah
6. Surah 96, pertama dlm susunan kronologi terdiri drp 19
ayat.
7. Surah terakhir (surah 110) terdiri drp 19 perkataan.
8. Perkataan Allah yg muncul dlm Al-Quran ialah
2698=19x142.
9. Jumlah perkataan Quran yg disebut ialah 57=19x3.
10. Ayat pertama dlm surah terakhir itu terdiri dari 19 huruf.
11. Jumlah perkataan Esa yg muncul dlm Al-Quran juga 19.



KENAPA 19?
Sebenarnya beberapa kitab asal lain yang diturunkan Allah
S.W.T kepada umatnya juga didapati telah dikodkan dengan
angka 19. Kejadian alam juga turut menunjukkan nombor ini.
Antaranya matahari, bulan dan bumi berada selari setiap 19
tahun, komet Halley melalui sistem solar kita setiap 76 tahun
=19x4, secara tepat tempoh mengandung ialah 266 (19x14)
hari atau 38 minggu (19x2). Nombor 19 seolah-olah tanda
tangan Allah terhadap ciptaannya. 19 mempunyai nilai
matematik yang unik kerana ia adalah nombor ganjil dan
merupakan gabungan nombor pertama(1) dan terakhir (9) yang
seolah-olah mengiakan firman Allah s.w.t dalam surah 57 ayat
3 yang bermaksut “dialah yang awal dan akhir…”
Penemuan kod ini pada Januari ,1974 (1393 tahun Hijrah)
bermakna bilangan tahun Islam dari turunnya (13 tahun
sebelum hijrah) hingga ke penemuan keajaiban matematik ini
(1974)bersamaan dengan 1393+13=1406 tahun. Perhatikan
juga 1406=19x74. Nombor 19 juga hanya disebut di dalam
Quran dalam surah 74. Hubung kait antara 19x74 tahun Islam
dan 1974 tahun solar juga tidak harus diendahkan terutamanya
bila nombor 19 hanya disebut dalam surah 74! Tentunya tidak mungkin ini semua suatu kebetulan.
Sesungguhnya Allah itu Maha Besar lagi Maha Berkuasa.
WALLAHUALAM…

SEJARAH BERMULANYA PERINGATAN MAULIDURRASUL

Setelah 300 tahun Rasulullah SAW wafat , barulah sejarah kelahirannya diperingati orang. Yang mula-mula memperingatinya adalah Malik Muzhaffar Abu Sa’id, iaitu seorang penguasa negeri Irbil, Irak. Imam Ibnul-Jauzi mengatakan, bahawa pada acara peringatan pertama Maulidurrasul ini, seorang pujangga yang terkenal bernama Al-Hafiz Ibnu Dahiah menyusun sebuah nafkah yang berisi riwayat singkat tentang pejuangan Nabi Muhammad SAW.

Kerana jasanya itu Malik Muzhaffar menghadiahkannya wang sebanyak 1,000 dinar. Pada acara peringatan Maulidurrasul itu Malik bin Muzhaffar menyembelih 5,000 ekor kambing, 10,000 ekor ayam,, 1000,000 roti bermentega dan 3,000,000 piring untuk tempat kueh. Hadir pada acara peringatan tersebut, pemuka-pemuka agama, alim ulama, ahli-ahli tasawuf dan orang-orang ternama lainnya. Biaya yang diperlukan untuk mengadakan peringatan Maulidurrasul pada waktu ini seluruhnya berjumlah 300,000 dinar.

Mulai saat itu hingga sekarang, ramailah umat islam diseluruh dunia memperingatihari maulidurrasul tersebut.

KEBERKATAN YAASIIN (DR FATMA ELZAHRAA)
Untuk Keselamatan Diri Yang Susah Menjadi Senang
Ayat 9 - Untuk keselamatan diri
Ayat 12 - Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini
di hafal oleh setiap mukmin dan mukminat.
Ayat 13 - 35 - Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.
Ayat 22 - 23 - Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak.
Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan
kejahatan mulut.
Ayat 30 - Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan
dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).
Ayat 32 - Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik.
Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t. Kita umat
Muhammad Kita orang Islam
Ayat 33 - 35 - Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk
tanam. Tanaman akan subur
Ayat 36 - Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini
dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang
belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh.
Caranya: Baca dan berdoa. Hembus dan sapu pada muka setiap pagi
sebelum keluar rumah.
Ayat 37 - Adalah untuk menetapkan hati - aqidah diri endiri. Hati yang
kering akan hidup semula.
Ayat 38 - Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t.
yang satu.
Ayat 39 - Mengisahkan ilmu falak.
Ayat 40 - Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.
Ayat 41 - Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal - Elok di baca sewaktu
menaiki kenderaan.
Ayat 44 - Mengisahkan keseronokan hidup di dunia ± Di baca untuk
dijauhkan fitnah dalam hidup.
Ayat 45 - 48 - Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.
Ayat 49 - Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.
Tiupan 1 - Datang dengan tiba-tiba
Tiupan 11 - Hancur
Tiupan 111 - Semua orang hadir dipadang Mahsyar.
Ayat 50 - Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.
Ayat 58 - Penawar Sakit - jika sakit lutut semasa sapu minyak dan urut
baca ayat berulang kali. Hendaklah yakin.
Ayat 76 - Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan
amalan.
Ayat 78 - 79 - Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa
bermula daripada Ayat yang bermaksud: 78. "dia berkata, Siapakah (yang
dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur? 79. Katakanlah,
Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan
Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk."
Sapu Minyak:
Ayat 82 - Untuk Hajat
Caranya:
Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut
Baca pada air (100x) - 40hari
HAJAT:-
Selepas sembahyang Subuh hari Jumaat baca surah Yassin
3 kali.
Bermula perkataan Yassin baca 7 kali dan sambung apabila sampai ayat 38
baca 12 kali. sambung sampai ayat 58 baca 7 kali sambung sampai ayat 82
baca 14 kali sambung sampai habis selepas habis - baca al-Fatihah dan minta
hajat.
Sembahyang hajat ke-2 dan ikut cara sebagaimana pertama dan seterusnya
sembahyang yang ke-3.
Dan berdoa apa sahaja hajat
Buah-buahan yang diceritakan dari dalam Al-Quran adalah:
Buah Zaiton - Elok untuk kulit
Kurma - Berkhasiat (memberi tenaga)
Delima - Dalam sebiji buah ada sebutir biji yang menjadi penawar ubat yang
mujarab
Ad Tin - Memberi kekuatan - tenaga, fikiran lemah, tidak boleh beranak.
Wallahualam.

Sunday, October 02, 2005

MENANTI LAILATUL QADAR

Ulama sepakat mengatakan bahawa ada beberapa tanda apabila berlakunya malam itu, antaranya:-
1.Orang yang berkesempatan melihat malam al-Qadar akan dapat
merasakan bahawa segala yang ada di bumi dan langit bagaikanbersujud ke hadrat Allah.
2.Sesiapa yang berkesempatan menemui malam al-Qadar akan melihat suasana alam yang terang benderang walaupun berada dalam kegelapan.
3.Sesiapa yang berkesempatan menemui malam al-Qadar akan dapat mendengar salam malaikat dan tutur kata mereka. dan
4.Orang yang berkesempatan menemui malam al-Qadar akan diperkenankan segala doanya.

Dalam sebuah hadis lain turut dinyatakan bahawa antara tanda malam al-Qadar telah berlaku adalah terbit matahari pada pagi hari dengan bentuk putih bersih bagaikan bulan penuh dan tidak mempunyai sinar yang terlalu panas. Tidak dirasakan kepanasan yang kuat walaupun matahari cerah memancarkan cahayanya.

Saturday, October 01, 2005

RENUNGAN

“hai manusia, bertakwalah kepada tuhanmu sesungguhnya kegoncangan
hari kiamat itu suatu kejadian yang dasyat.(ingatlah) pada hari (ketika) kamu melihat kegoncangan itu, lalailah semua wanita yang menyusui anaknya dari anak yang disusuinya dan gugurlah kandungan segala wanita yang hamil, dan kamu lihat manusia dalam keadaan mabuk, padahal sebenarnyamereka tidak mabuk, tetapi azab Allah itu sangat keras.”
- (surah al-haj, ayat 1-2) -

RENUNGAN

“hai manusia, bertakwalah kepada tuhanmu sesungguhnya kegoncangan
hari kiamat itu suatu kejadian yang dasyat.(ingatlah) pada hari (ketika) kamu melihat kegoncangan itu, lalailah semua wanita yang menyusui anaknya dari anak yang disusuinya dan gugurlah kandungan segala wanita yang hamil, dan kamu lihat manusia dalam keadaan mabuk, padahal sebenarnyamereka tidak mabuk, tetapi azab Allah itu sangat keras.”
- (surah al-haj, ayat 1-2) -

SEJARAH PUASA

Kalau kita perhatikan sejarah umat purba kala nyatalah pada kita bahawa puasa itu suatu ibadah yang terkemuka . Cuma waktu dan cara nya sahaja yang berbeza . umpamanya:-

a. Bangsa Tibet. Mereka berpuasa hanya tiga hari sahaja .dalam sehari semalam mereka tidak dibenarkan makan dan minum walaupun setitik air liur
b. Bangsa Manu di India. Mereka berpuasa terus menerus selama sepuluh hari atau lima belas hari tanpa mengecap sedikit makanan pun selain daripada beberapa titik air sejuk untuk tiap-tiap hari.
c. Agama Nasrani. Mereka berpuasa selama empat puluh hari dalam setahun dan berbuka dengan segelas air sahaja pada tiap-tiap dua puluh jam.
d. Ahli-ahli Failasor. Seperti Socretes ,Plato dan lain-lain, mereka pernah berpuasa selama sepuluh hari tiap-tiap tahun. Puasa dilakukan berdasarkan untuk pembersihan jiwa.

Dipetk dari buku Pengetahuan Agama Islam Kor Agama Angkatan

KISAH PEMBUNUHAN PERTAMA DI DUNIA

Nabi Adam dan Hawa dikurniakan anak berpasang-pasangan (kembar lelaki dan perempuan) dalam satu-satu waktu . Apabila mereka telah matang lalu nabi Adam berhajat untuk mengahwinkan mereka , lalu nabi Adam mengahwini anaknya secara bersilang . Habil hendak dikahwinkan dengan saudara perempuan kembar Qabil dan begitu juga dengan Qabil , dia dikehendaki berkahwin dengan saudara perempuan kembar Habil . Tetapi Qabil menolak kerana Qabil ingin berkahwin dengan kembarnya . Lalu nabi Adam menyuruh mereka melakukan korban . Habil mempersembahkan seekor kambing muda yang gemuk . Dia memiliki kambing yang banyak . Qabil pula mempersembahkan buah-buahan yang
buruk . Tiba-tiba datang sebuah bola api dan terus menyambar korban milik Habil . Korban milik Qabil tidak disentuh sedikit pun . Qabil berasa marah dan mengatakan bahawa nabi Adam mengelat . Dan Qabil berkata nabi Adam cuma berdoa untuk Habil sahaja dan tidak untuk dirinya .

Sebelum terjadinya pembunuhan itu, disuatu malam , Habil terlambat pulang dari pengembalaan kambing .Nabi Adam meminta
Qabil , saudaranya menyusul untuk melihat apa masalahnya hingga Habil terlambat . Qabil menyusuri jalan yang dilalui Habil dan lalu menemui saudaranya disana. Qabil mengungkit tentang peristiwa korban pada hari itu. Lalu Habil berkata “Yang diterima Allah itu hanya (pengorbanan) orang-orang yang bertakwa” Tiba-tiba Qabil menjadi marah lalu menghayunkan sepotong besi yang dibawanya ketubuh saudaranya ,ada yang mengatakan cara pembunuhan adalah dengan cara menghempuk kepala Habil ketika dia sedang tidur sehingga pecah dan ada yang mengatakan dia menghentam tengkuk saudaranya secara keras dan disusuli dengan gigitan yang dalam .
Ketika Habil mendapat ancaman bunuh daripada Qabil dia hanya menjawab “kalau kamu menggerakan tanganmu untuk membunuhku ,aku tidak akan ikut menggerakkan tanganku untuk membunuhmu, aku takut sekali kepada Allah ,Tuhan penguasa alam ,”(surah Al-Maidah :ayat 28) Ini menunjukkan kemulian Habil dan dia tidak mahu bergaduh .

Setelah Qabil berjaya membunuh saudaranya lalu Qabil mengusung mayat Habil ke sana ke mari dalam waktu yang agak lama .Ada pendapat mengatakan dia mengusung selama 1 tahun dan ada pendapat lain yang mengatakan berpuluh-puluh tahun dan ada juga mengatakan selama seratus tahun . sehingga Allah mengutuskan dua ekor gagak yang bergaduh lalu seekornya tewas . Gagak yang masih hidup membawa turun bangkai gagak yang telah mati ke tanah .Gagak yang masih hidup mengkais-kais kakinya lalu ditanam bangkai gagak yang telah mati itu. Peristiwa itu disaksikan oleh Qabil ,dia berasa begitu menyesal dan mengikuti apa yang dibuat oleh gagak itu.

Peristiwa itu telah membawa kepiluan kepada nabi Adam yang begitu mendalam.ada riwayat yang mengatakan tempat terjadinya pembunuhan itu terletak di gunung Qasioun terletak di sebelah kiri Kota Damsyik (Syria)disana terdapat tanah merah yang sering disebut sebagai tanah merah darah.

PELDAGAI ADAB DI MASJID

Adab memasuki masjid

1. Membuka kasut dan masuk dengan mendahulukan kaki kanan. Ketika masuk masjid, Rasulullah mengajar kita membaca doa: ``Ya Allah, bukakanlah untukku pintu Rahmat-Mu.''
2. Memberi salam kepada sesiapa yang berada di dalam masjid, sekiranya tidak ada orang di dalam masjid tersebut, maka ucapkanlah: ``Selamat ke atas kami dan hamba Allah yang soleh.''
3. Mengerjakan solat sunat tahiyatul masjid (menghormati masjid).
Adab di dalam masjid
1. Duduk menghadap kiblat.
2. Memohon doa supaya Allah membuka pintu rahmat-Nya.
3. Sentiasa menyebut nama Allah.
4. Menghadirkan Ahhala dalam hati.
5. Menghentikan perbualan tentang hal-hal dunia.
6. Jauhi diri daripada menghina Islam.
7. Berzikir dengan suara perlahan.
8. Kerjakan solat sunat rawatib (sunat pengiring solat fardu; sebelum dan sesudahnya.
Adab mendengar azan
1. Berdiam diri.
2. Menjawab seruan azan.
3. Berdoa setelah selesai azan.
4. Berdoa memohon hajat kerana doa antara azan dengan qamat dimaqbulkan Allah.
Adab keluar masjid
1. Mohon pengampunan dan bimbingan Allah.
2. Berniat untuk datang kembali.
3. Mendahulukan kaki kiri sambil berdoa: ``Aku berlindung dengan nama Allah Yang Maha Agung dengan Zat Yang Maha Mulia dan kekuasaan-Nya yang qadim daripada syaitan yang terkutuk.''
4. Memberi salam kepada orang yang masih tinggal di masjid

Tuesday, September 20, 2005

TAFSIR AYAT

Tidakkah kami telah melapangkan untukmu dadamu? (1) dan kami telah menghilangkan daripadamu akan bebanmu, (2) yang telah memberatkan belakangmu? (3) dan kami angkatkan bagimu sebutan (nama) mu (4) kerana sesungguhnya setelah kesusahan itu ada kemudahan (5) sesungguhnya setelah kesusahan itu ada kemudahan (6) maka apabila kamu telah selesai (dari menjalankan sesuatu urusan), maka lakukanlah dengan bersungguh-sungguh (urusan yang lain), (7) dan kepada tuhanmu sahajalah kamu berharap. (8).


Surah an-nasyarah , ayat : 1-8

1. Allah telah memberikan nikmat yang paling besar kepada Nabi Muhammad SAW dengan perasaan lapang dada,walaupun menghadapi kesusahan.
2. Dengan kesabaran dan keimanan yang penuh kepada Allah SWT seseorang itu akan mendapat kejayaan.
3. Segala kesusahan adalah diikuti dengan kesenangan pada akhirnya.Oleh itu,sentiasalah kita berharap kepada Allah dan bertawakal disamping kita berusaha bersungguh bagi mencapai keredhaanNya.
4. Nabi Muhammad saw adalah merupakan seorang yang paling mulia dan dihormati,maka kita mestilah menerima segala perintahnya kerana itu adalah peritah Allah SWT kerana baginda SAW tidak berkata sesuatu yang lain dari perintah Allah.
5. Perjuangan Nabi Muhammad SAW yang berjaya itu adalah kerana keikhlasannya dan berharap kepada Allah SWT Inilah semestinya menjadi contoh kepada umat Islam.
DIPETIK DARI :- BUKU MENGENAL ISLAM TINGKATAN3
TERBITAN PUSTAKA ANTARA1980

SUDUT FIKAH

S: apakah hukumnya seseorang itu menerima hadiah dari kawan lelakinya berupa emas, pakaian dan juga wang dengan tidak bermaksud jahat melainkan kerana telah memperolehi sesuatu kerjayaan. Adakah salah mengecewakan seorang lelaki dengan menolak cintanya. Bagaimana pula jika menolak ajakan untuk bertemu ?

J: sunat menerima hadiah kerana nabi s.a.w juga menerima hadiah. Hadiah daripada seseorang kalau kita menolaknya kemungkinan akan melukakan hatinya. Menecilkan hati seseorang adalah dilarang. Soal niat menerima hadiah itu terserahlah diantakanya dengan tuhan dan kita dilarang menyoal dan menyelidik.
Akan tetapi didalam soal cinta, tidak salah malah patut menolak cinta seorang lelaki itu, lebih-lebihlagi dia mengajak bertemu. Kerana kedua-dua perkara tersebut dilarang didalam islam. Kalau seseorang lelaki itu benar-benar jatuh cinta dengan anda eloklah dia meminang dan berkahwin dengan daripada bercinta atau bertemu. Kerana percintaan dan pergaulan diantara lelaki dan perempuan sebelum berkahwin adalah haram

Huraian :- percintaan hanyalah selepas berkahwin
Dijawab oleh:- ustaz haji ismail kamus

Dipetik dari buku:- 600 jawapan kemusykilan agama jilid 1

RENUNGAN UNTUK ORANG YANG BERAKAL

RENUNGAN :-
Dari abdullahbin ‘amru ibn al-‘as r.a bahawa rasulullah s.a.w bersabda:- Empat perkara , sesiapa yang ada keempat-empat perkara tersebut padanya , adalah ia munafiq tulin sebenarnya. dan sesiapa yang ada padanya satu sifat dari semuanya itu adalah ia mempunyai satu sifat dari kemunafiqan sehingga ia meniggalkannya, iaitu Apabila ia bercakap ia berbohong , Apabila ia diamanahkan ia khianat , Apabila ia berjanji ia mungkir , Apabila ia bertengkar ia melampaui batas (riwayat bukhari)

SUDUT PENGETAHUAN AM

TAHUKAH ANDA
Nabi Idris a.s juga dikenali dengan nama Knanoukh bin Yarud bin Mahlayal bin Qainan . Dan beliau adalah dari keturunan Adam a.s yang pertama menerima tugas sebagai nabi selepas Nabi Syeets (anak Nabi Adam a.s) dan Nabi Adam.
Para tafsir mengatakan bahawa beliau merupakan orang pertama menerima status kerasulan selepas Nabi Adam dan orang pertama yang menulis menggunakan pena dan mengenakan baju berjahid dan menggunakan kulit sebagai pakaian

TAHUKAH ANDA
Air terdiri dari empat jenis iaitu:-
1. air yang suci dan menyucikan (air mutlak)
2. air yang suci tetapi tidak menyucikan
(air musta’mal)
3. air yang makruh digunakan
(air mushamas)
iaitu air yang terjemur ditengah panas didalam bekas yang boleh berkarat
4. air yang mengandungi najis (air mutanajjis)
iaitu air yang mengandungi najis

Sunday, July 03, 2005

PESANAN ROH KEPADA ...

apabila roh keluar dari jasad , ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau di bumi akan mendengar kecuali jin dan manusia. apabila jasat dimandikan , lalu roh berkata
"wahai orang yang memandikan, aku minta kepada mu kerana allah, untuk melepaskan pakaian ku dengan perlahan-lahan sebab pada masa itu aku beristirehat daripada seretan malaikat maut"
selepas itu , jasat pula bersuara sambil merayu
"wahai orang yang menuangkan , janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. begitu juga jangan menuangkan air yang terlalu dingin kerana tubuh ku terbakar apabila terlepas roh dari tubuh ."
apabila dimandikan roh sekali lagi merayu
"demi allah wahai orang yang memandikan . janganlah engkau menggosok tubuh ku dengan kuat kerana tubuhku terluka akibat keluarnya roh."
setelah dimandikan dan dikafankan , telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi jangan ikat terlalu kuat serta mengkafani kepalanya kerana dia ingin melihat wajah sendiri, anak-anaknya, isteri atau suami kerana tidak dapat melihat lagi hingga hari kiamat ...... wallahua'lam...

BAGAI MANA RUPA IBLIS

Di riwayatkan apabila Allah SWT telah melaknat iblis kerana kesombongannya tidak menurut perintah Allah sujut pada nabi Adam a.s maka wajahnya yang asal indah bertukar bentuk menjadi babi hutan.
kepala iblis dikatakaan seperti kepala unta. dadanya pula sebesar punut unta besar (daging yang menonjol ataas belakang unta). semantara wajah yang ada diantara kepala dan dada itu seperti kera. kedua belah matanya pula terbelah pada permukaan wajahnya. lubang hidungnya terbuka seperti cerek tukang bekam , kedua bibir iblis dikatakan seperti bibir lembu. taring-taringnya keluar seperti taring babi hutan dan janggutnya terdapat tujuh helai rambut yang panjang.
Allah telah manusir iblis dari syurga, malah dari langit dan bumi. dan keberapa jazirah. iblis masuk ke bumi kecuali dengan cara bersembunyi (dengan ketahuan Allah jua). Allah swt melaknatnya sampai hari kiamat.

DIPETIK DRP TERJENMAHAN KITAP "MUKASYAFATUL QULUB" OLEH IMAM AL-GHAZALI

iblis bertekat akan menyesatkan anak cucu nabi adam dari anak itu lahir hingga dia meniggal . agar iblis mempunyai teman di neraka bersamanya.